Tuesday, May 27, 2008

WARKAH DI ‘U’

Habis SPM, aku sempat menjejakkan kaki ke Tingkatan 6. Tapi aku lebih gembira tika mendapat keputusan aku berjaya diterima masuk ‘U’, UiTM Perak. Syukur alhamdulillah…

Minggu Mesra Siswa (MMS) selama seminggu betul-betul menyeksakan. Tapi aku tahu tujuan aku ke sana, semata-mata mencari ilmu. Moga-moga masa depan ku cerah bagai disinari sportlight….Hmmmh, kelakar…tapi itu lah hakikatnya…
Malam terakhir MMS, kami dimotivasikan oleh fasilitator-fasilitator. Sumber yang digunakan adalah mak dan ayah…
Siapa yang mata nya tidak akan berair dan mungkin laju mencurah jika disebutkan hal-hal yang berkaitan dengan mak dan ayah? Tambahan pula dikaitkan semasa hidup dan akan pergi…
Kami diminta mengarang surat untuk mak di rumah dalam masa 10 minit…
Waktu itu, buntu…
Tangan aku kaku…
Pen dijari tak mampu aku pegang dengan kemas…
Aku cuba tenang…
Lembut aku memegang pen, dan melarikan jari-jemari ku di atas kertas, mencoretkan apa saja yang ada dalam hati…

Assalamualaikum…
Mak dan abah sihat? Na kat sini sihat. Na harap mak, abah, akak, abang dan adik sihat alhamdullillah kat sana.
Mak, na rindukan mak, setiap hari na ingatkan mak... Selalunya bangun pagi mak yang panggil-panggil, dah terjaga pun na akan tunggu mak panggil dulu. Rasa seronok, manja… hehehe… Tapi sekarang, bunyi handphone je yang kejutkan na… Lepas tu, sembang-sembang dengan mak, seronok pula setiap hari macam tu dengan mak. Walaupun na ada juga cakap “boring gila la mak duk kat umah je” tapi saat paling best sebenarnya waktu na bersama mak…
Na selalu fikir, dulu kalau na ada kat rumah boleh jugak tolong-tolong mak pape walaupun tak seberapa, sekarang mesti mak sunyi… Sementara nak biasakan diri yang na dah tak duk dengan mak lagi… Sebelum ni memanglah na pernah duduk kat asrama tapi na sikitpun tak rasa jauh dari mak, sekarang na jauh sangat dengan mak walau pun cuma kat Perak je. Kadang-kadang kalau na cakap na nangis setiap kali rindukan mak, mesti kakak ke, abang ke kata na “poyo” tapi tu lah hakikatnya bila na duk kat sini mak… Susah sangat nak hilangkan persaan rindu…waktu na tulis ni pun, na rindu sangat kat mak… Memang lah baru seminggu tapi na tak faham dengan perasaan na, mungkin ini lumrahnya bila jauh dari mak, mak yang na sayang… Na rindukan mak, rindu sangat.
Na cuma nak cakap na rindukan mak, na tak nak mak risau pasal diri na kat sini, na janji na akan jaga diri na baik-baik, na cuba akan jadi anak mak yang terbaik. Na akan cuba jadi pelajar yang pandai kat sini. Na akan belajar sungguh-sungguh mak… Na nak ada kerjaya sendiri, dapat tolong mak abah. Na nak mak dengan abah bangga ada anak macam na. Na akan buktikan. InsyaAllah. Mak dan abah doakan lah kejayaan na kat sini ye…?
Wassalam…


Warkah ini tak pernah sampai ke tangan mak aku. masih elok di dalam fail MMS. Kerana itu juga lah aku keluarkan warkah ini dan semadikan ia dalam blog hidupbermadah.
Kini, aku telah selesai kan pelajaran aku selama tiga tahun di UiTM Perak, dan mungkin akan sambung… Janji aku untuk belajar sungguh-sungguh rasanya telah aku tunai kan, alhamdulillah. Aku berpuas hati dengan setiap keputusan yang aku terima. Akan aku teruskan lagi janji-janji itu…

No comments: