Anggaplah gembira aku ini menjadi sumber untuk kamu sama-sama gembira nanti...dan anggaplah ini sebagai kerjasama diantara kita...
”Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu dengan yang lain.” (Al-Hadith-Riwayat At-Tabrani)
”Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong; kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menembusi bumi.” (Al-Isra’: 37)
”Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takabur, lagi membanggakan diri.” (Al-Hadid: 23)
Bukan sombong dan takabur niat ku...tetapi terlalu gembira dengan apa yang aku perolehi, berkat dari usaha dan nekad aku, dan juga kerana DIA mengizinkan...
Alhamdulillah....
Usaha aku selama 3 tahun berbaloi akhirnya...
Dan aku harap pinjaman 15,000 ribu aku itu tidak sia-sia dengan keputusan yang aku perolehi dari pembelajaran aku di UiTM...
Tapi mungkin akan bertambah kerana aku bercadang bertemu kau kembali, UiTM...
Dan moga cadangan aku itu adalah pilihan yang terbaik untuk masa depan aku...
”Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudah baginya jalan ke Syurga.” (Hadith Riwayat Muslim)
p/s
tak sabar menunggu hari konvokesyen UiTM yang ke-69, dah tak sabar untuk memakai jubah dan selendang, dan tak sabar juga menerima segulung ’kertas’ yang cukup berharga... "anc" akhirnya! tercapai juga impian ku!!
Alhamdulillah...