Showing posts with label my love. Show all posts
Showing posts with label my love. Show all posts

Tuesday, May 27, 2008

PANTUN CINTA





Cantik Sungguh Si Bunga Kemboja,
Menjadi Idaman Puteri Jelita,
Mengapa Hati Rindu Sentiasa,
Apakah Ini Namanya Cinta?


Bunga Kemboja Indah Berseri,
Menjadi Pujaan Si Dara Muda,
Andai Rindu Bertandang Di Hati,
Tiada Lain, Itulah Cinta.


Puteri Cantik Berbaju Kebaya,
Menjadi Idaman Putera Mahkota,
Mengapa Sayang Sering Tercipta,
Jikalau Hati Sering Terluka?

Puteri Rupawan Tiada Terkata,
Dipandang putera hatinya melayang,
Mengapa tidak hati terluka,
Kerana hati terlalu sayang.


Malam Akan Hilang Serinya,
Jika Bulan Hilang Didunia,
Cinta Akan Berubah Juga,
Jika Hati Berubah Sayangnya.

Jika Cantik Dipandang Mata,
Tidak Perlu Dicari Ganti,
Jika Setia Dalam Bercinta,
Tidak Berubah Sayang Dihati.



Aku rasa sudah hampir lima tahun pantun ini direka oleh seseorang…
Dan aku tak pasti pantun ini memerlukan jawapan atau pun tidak…
Tapi aku terpanggil untuk membalas pantun ini…
Dan pantun yang ku balas ini juga hampir berusia lima tahun…
Tapi insan yang mereka pantun ini tak pernah tahu yang selama ini pantun nya telah ada yang beli, dan aku orang nya…
Aku harap insan yang mereka pantun ini, berpuas hati dengan jawapan yang aku beri untuk pantun yang dijualnya…

Thursday, May 8, 2008

TIADA KATA SECANTIK BAHASA

Benarkah Cinta

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji buah hati di jiwa
Telah timbul kasih sayang bermula
Tapi sayang tiada perasaan di jiwa
Kerana dikau terlalu indah di mata
Dan aku bagaikan tiada apa

Kau dan aku tiada tanjaknya
Bagai langit dan bumi, jauh berbeza
Adakah perlu kita meneruskan perasaan cinta?
Kerana aku merasa…
Penghujungnya tiada bahagia
Dikau dicipta terlalu istimewa
Dibandingkan aku, banyak kekurangannya
Adakah perlu kita menyambung cerita?
Atau tamatkan sahaja kisahnya?
Agar jurang tidak melintang diantara kita

TIADA KATA SECANTIK BAHASA

Kerisauan Cinta

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku luah apa yang dirasa
Memang sudah lama menjadi rahsia
Tetapi sukar untuk dikata
Kerana ini pengalaman pertama
Tidak ku tahu apa puncanya
Mengapa itu bersarang di jiwa
Memang hanya dikau yang bertahta
Tetapi tetap ade bimbangnya
Ku takut ia hanya sementara
Sama ada aku perosaknya
Atau dikau sebagai pemusnahnya
Tetapi aku tahu apa yang ku rasa
Dan itulah yang sebenarnya
Tetapi ku takut muncul putera lain di mata
Menggoyangkan apa yang dirasa
Dan tu takut muncul puteri lain diantaranya
Membuatkan dikau berbelah bagi antara dua
Tetapi aku yakin aku takkan lupa
Menyintai orang yang begitu lama
Baru sekarang ku terasa manisnya
Jadi insya-Allah apa yang ditakuti tiada
Dan percayalah dikau yang terawalnya
Dan aku akan realitikan dikau penghujungnya
Penghujung bagi segala apa yang dirasa…