Thursday, May 29, 2008

"NTAH PAPE NTAH"

TUJUH sebab kenapa korang tak nak aku jadi ‘BUAH HATI’ korang...

1. TAK CUN SANGAT...

Ni memang aku akui, aku ni bukan lah dari golongan wanita-wanita yang cun…tapi aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Illahi…

2. TAK ROMANTIK...

Ha, yang ni pun salah satu punca nya… aku ni tak pandai sangat nak beromantik-romantik ni…segan…malu…tambah2 klau ramai orang...hehehe…

3. TAK RETI DIAM...

Aku ni mmg mulut banyak...kalau dah kenal...asik bercakap je... lagi satu, kalau aku dah suke seseorang tu lagi aku banyak cakap...bukan cakap apa pun....banyak nye nasihat je..tapi bagi diorang, mungkin rasa aku ni membebel kot...

4. TAK SABAR LAMA...

Aku leh sabar kejap je... kalau leh nak orang yang disayangi sentiasa bersama (sms ke call ke)...tapi tak la aku mengamuk teruk-teruk (merajuk je tu pun tak lama)...

5. TAK KURUS...

Badan aku tak kurus tau...ala-ala gempal...gemuk la kot nama nye.. ’lantak la kan, janji aku bahagia..’ itu kot sebab nya...

6. TAK PANDAI PUJUK...

Aku ni bukan jenis pandai memujuk rayu...kalau nak merajuk, baik la sendiri..tp bila diri sendiri merajuk, sibuk pulak mengharap orang pujuk...hehehe...

7. TAK SEJIWA...

Ni alasan paling munasabah...sebab aku dengan korang-korang yang tak nak aku jadi kekasih korang tak sejiwa... tunggu je la aku jumpa yang sejiwa dan sehati dengan aku... kot-kot ada....hehehe...


Ok Zul??
Saya dah jawap!
Puas hati ye...?
Leh la pas ni jawap tag saya pulak…

Wednesday, May 28, 2008

MAK & ABAH


Jika ada yang berkata umur merangkak dengan perlahan
Mungkin ya
Membilang hari bagi mengakhiri setahun memang lama
Tapi tanpa sedar kini umur ku menjangkau 21 tahun
Bila yang umur aku 9 tahun?
Bila yang umur aku 17 tahun?
Jika ini ditanya,
Pasti tak kan ada yang berkata umur merangkak lagi
Tapi berlari…
Sajak ini khas untuk mak dan abah aku…





Tika aku dilahirkan
Dikau lah mak abah ku
Mak abah dunia dan akhirat
Tiada yang lain

Kasih sayang antara mu
Melahirkan aku ke dunia ini

Mak...
Terima kasih diatas segalanya
Pengorbanan mu terhadap ku tak dapat ku gambarkan
Realitinya hingga ke hujung nyawa ku
Akan ku kenang jasa-jasa mu
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini
Jika dibandingkan budi mu membesarkan ku

Abah...
Terima kasih juga diatas segalanya
Kau berusaha siang malam membesarkan ku
Mencari rezeki tidak mengenal erti jemuh
Semata-mata ingin melihat anak-anak mu bahagia
Betapa suci pengorbanan mu itu
Tak mungkin aku lupa hingga nafas terakhir ku

Mak, Abah...
Darah yang berombak dalam diri
Adalah darah mak dan abah
Selagi darah ini mengalir
Akan ku cuba balas jasa-jasa mu
Walau hakikatnya tiada apa yang sedarjat
Dengan pengorbanan mu selama ini
Akan ku jadi yang terbaik antara anak-anak mu
Akan ku bangga kan mu
Kerana mempunyai anak
Seperti ku…





InsyaAllah…

Tuesday, May 27, 2008

PANTUN CINTA





Cantik Sungguh Si Bunga Kemboja,
Menjadi Idaman Puteri Jelita,
Mengapa Hati Rindu Sentiasa,
Apakah Ini Namanya Cinta?


Bunga Kemboja Indah Berseri,
Menjadi Pujaan Si Dara Muda,
Andai Rindu Bertandang Di Hati,
Tiada Lain, Itulah Cinta.


Puteri Cantik Berbaju Kebaya,
Menjadi Idaman Putera Mahkota,
Mengapa Sayang Sering Tercipta,
Jikalau Hati Sering Terluka?

Puteri Rupawan Tiada Terkata,
Dipandang putera hatinya melayang,
Mengapa tidak hati terluka,
Kerana hati terlalu sayang.


Malam Akan Hilang Serinya,
Jika Bulan Hilang Didunia,
Cinta Akan Berubah Juga,
Jika Hati Berubah Sayangnya.

Jika Cantik Dipandang Mata,
Tidak Perlu Dicari Ganti,
Jika Setia Dalam Bercinta,
Tidak Berubah Sayang Dihati.



Aku rasa sudah hampir lima tahun pantun ini direka oleh seseorang…
Dan aku tak pasti pantun ini memerlukan jawapan atau pun tidak…
Tapi aku terpanggil untuk membalas pantun ini…
Dan pantun yang ku balas ini juga hampir berusia lima tahun…
Tapi insan yang mereka pantun ini tak pernah tahu yang selama ini pantun nya telah ada yang beli, dan aku orang nya…
Aku harap insan yang mereka pantun ini, berpuas hati dengan jawapan yang aku beri untuk pantun yang dijualnya…

WARKAH DI ‘U’

Habis SPM, aku sempat menjejakkan kaki ke Tingkatan 6. Tapi aku lebih gembira tika mendapat keputusan aku berjaya diterima masuk ‘U’, UiTM Perak. Syukur alhamdulillah…

Minggu Mesra Siswa (MMS) selama seminggu betul-betul menyeksakan. Tapi aku tahu tujuan aku ke sana, semata-mata mencari ilmu. Moga-moga masa depan ku cerah bagai disinari sportlight….Hmmmh, kelakar…tapi itu lah hakikatnya…
Malam terakhir MMS, kami dimotivasikan oleh fasilitator-fasilitator. Sumber yang digunakan adalah mak dan ayah…
Siapa yang mata nya tidak akan berair dan mungkin laju mencurah jika disebutkan hal-hal yang berkaitan dengan mak dan ayah? Tambahan pula dikaitkan semasa hidup dan akan pergi…
Kami diminta mengarang surat untuk mak di rumah dalam masa 10 minit…
Waktu itu, buntu…
Tangan aku kaku…
Pen dijari tak mampu aku pegang dengan kemas…
Aku cuba tenang…
Lembut aku memegang pen, dan melarikan jari-jemari ku di atas kertas, mencoretkan apa saja yang ada dalam hati…

Assalamualaikum…
Mak dan abah sihat? Na kat sini sihat. Na harap mak, abah, akak, abang dan adik sihat alhamdullillah kat sana.
Mak, na rindukan mak, setiap hari na ingatkan mak... Selalunya bangun pagi mak yang panggil-panggil, dah terjaga pun na akan tunggu mak panggil dulu. Rasa seronok, manja… hehehe… Tapi sekarang, bunyi handphone je yang kejutkan na… Lepas tu, sembang-sembang dengan mak, seronok pula setiap hari macam tu dengan mak. Walaupun na ada juga cakap “boring gila la mak duk kat umah je” tapi saat paling best sebenarnya waktu na bersama mak…
Na selalu fikir, dulu kalau na ada kat rumah boleh jugak tolong-tolong mak pape walaupun tak seberapa, sekarang mesti mak sunyi… Sementara nak biasakan diri yang na dah tak duk dengan mak lagi… Sebelum ni memanglah na pernah duduk kat asrama tapi na sikitpun tak rasa jauh dari mak, sekarang na jauh sangat dengan mak walau pun cuma kat Perak je. Kadang-kadang kalau na cakap na nangis setiap kali rindukan mak, mesti kakak ke, abang ke kata na “poyo” tapi tu lah hakikatnya bila na duk kat sini mak… Susah sangat nak hilangkan persaan rindu…waktu na tulis ni pun, na rindu sangat kat mak… Memang lah baru seminggu tapi na tak faham dengan perasaan na, mungkin ini lumrahnya bila jauh dari mak, mak yang na sayang… Na rindukan mak, rindu sangat.
Na cuma nak cakap na rindukan mak, na tak nak mak risau pasal diri na kat sini, na janji na akan jaga diri na baik-baik, na cuba akan jadi anak mak yang terbaik. Na akan cuba jadi pelajar yang pandai kat sini. Na akan belajar sungguh-sungguh mak… Na nak ada kerjaya sendiri, dapat tolong mak abah. Na nak mak dengan abah bangga ada anak macam na. Na akan buktikan. InsyaAllah. Mak dan abah doakan lah kejayaan na kat sini ye…?
Wassalam…


Warkah ini tak pernah sampai ke tangan mak aku. masih elok di dalam fail MMS. Kerana itu juga lah aku keluarkan warkah ini dan semadikan ia dalam blog hidupbermadah.
Kini, aku telah selesai kan pelajaran aku selama tiga tahun di UiTM Perak, dan mungkin akan sambung… Janji aku untuk belajar sungguh-sungguh rasanya telah aku tunai kan, alhamdulillah. Aku berpuas hati dengan setiap keputusan yang aku terima. Akan aku teruskan lagi janji-janji itu…

Thursday, May 8, 2008

TIADA KATA SECANTIK BAHASA

Benarkah Cinta

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji buah hati di jiwa
Telah timbul kasih sayang bermula
Tapi sayang tiada perasaan di jiwa
Kerana dikau terlalu indah di mata
Dan aku bagaikan tiada apa

Kau dan aku tiada tanjaknya
Bagai langit dan bumi, jauh berbeza
Adakah perlu kita meneruskan perasaan cinta?
Kerana aku merasa…
Penghujungnya tiada bahagia
Dikau dicipta terlalu istimewa
Dibandingkan aku, banyak kekurangannya
Adakah perlu kita menyambung cerita?
Atau tamatkan sahaja kisahnya?
Agar jurang tidak melintang diantara kita

TIADA KATA SECANTIK BAHASA

Kerisauan Cinta

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku luah apa yang dirasa
Memang sudah lama menjadi rahsia
Tetapi sukar untuk dikata
Kerana ini pengalaman pertama
Tidak ku tahu apa puncanya
Mengapa itu bersarang di jiwa
Memang hanya dikau yang bertahta
Tetapi tetap ade bimbangnya
Ku takut ia hanya sementara
Sama ada aku perosaknya
Atau dikau sebagai pemusnahnya
Tetapi aku tahu apa yang ku rasa
Dan itulah yang sebenarnya
Tetapi ku takut muncul putera lain di mata
Menggoyangkan apa yang dirasa
Dan tu takut muncul puteri lain diantaranya
Membuatkan dikau berbelah bagi antara dua
Tetapi aku yakin aku takkan lupa
Menyintai orang yang begitu lama
Baru sekarang ku terasa manisnya
Jadi insya-Allah apa yang ditakuti tiada
Dan percayalah dikau yang terawalnya
Dan aku akan realitikan dikau penghujungnya
Penghujung bagi segala apa yang dirasa…

BEGINIKAH CINTA SEORANG KAWAN?

Aku bersyukur kepada Allah S.W.T., kerana Dia aku berada di sini sekarang. Salah seorang pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke puncak menara gading. Dan juga kerana semangat yang diberikan oleh kawan baik aku, walaupun hanya sekadar dengan kata-kata ringkas, ‘belajar rajin-rajin’.
Aku berasa bersalah kerana membuang terus kawan baik aku itu. Aku telah tetap kan hati aku untuk tidak lagi menganggap dia pernah menjadi kawan aku. Apatah lagi kehadiran dia untuk meraih cinta aku yang telah lama aku kuburkan. Salah dia juga. Walaupun aku terpisah dari dia, aku masih ingat zaman itu…
“Woi Jan!” Sapa Zikri dalam suara yang agak berbisik. Ye lah, waktu tu Cikgu Nabila sedang mengajar, semua orang tahu Cikgu tu garang.
“Hmm..” Jawab aku ringkas.
“Petang ni jadi tak teman aku pergi beli kasut bola, kau dah janji kan?”
“Tengok la dulu.”
Petang tu lepas sekolah, sepetang aku teman kan Zikri cari kasut bola dia, dah la cerewet, payah betul. Yang ni tak cantik, yang ni tak smart, yang ni tak kuat, macam-macam lah. Tapi akhirnya, kasut yang paling banyak terima komen daripada dia juga yang dipilihnya. Pelik!
Lama aku kenal Zikri, masa ambil keputusan UPSR, itulah detik aku mengenali dia. Bila masuk tingkatan 1, kebetulan kami kelas yang sama. Sejak tu kami berkawan hinggalah ke tingkatan 5, dan kami berkawan baik.
“Jan, Aida tu cantik kan? Dah la lawa, lembut, sopan. Tak macam kau, kasar!” Pedih betul ayat Zikri, tapi waktu tu aku tak ambil pusing dengan ayat dia. Memang aku macam tu.
“Memang la Aida tu lawa. Tapi lantak aku la, aku nak kasar ke keras ke. Setidak-tidaknya aku tak la mengada-ngada macam awek-awek lain yang kau cuba ngorat tu kan.”
“Ai, marah ke Jan? Aku melawak je la. Sorry ye…”
“Loh, yang minta maaf apasal? Kau juga yang kata aku kasar. Biasa la ayat aku tu, macam tak biasa pulak.”
“Hmm…aku tanya pasal Aida tu kan sebab aku rasa aku suka dia la. Apa pendapat kau?”
“Kau banyak sangat la perempuan yang kau suka, asal lawa sikit je, kau suka. Entah lah. Ikut suka kau lah kalau kau nak suka.”
Sejak Zikri mula rapat dengan Aida, hubungan aku dengan Zikri mula renggang. Sebelum ni dengan perempuan lain tak macam ni, dia cuma suka-suka je. Mungkin Aida dan Zikri dah bercinta dan bagi Zikri, dia tak perlu lagi kawan seperti aku. Tapi, aku tak terdaya menahan rindu. Sebenarnya aku suka dia sejak aku kenal dia lagi dan perasaan suka bertukar sayang semenjak kami berkawan rapat. Aku abaikan saja perasaan aku tu, kerana dia masih lagi bersama aku walaupun sebagai kawan, tapi bila dia hilang macam ni, terseksa rasanya.
Pada suatu hari, aku mendapat satu nota dari Zikri. Dia nak jumpa aku petang ni, lepas sekolah kat kantin. Kenapa ye?
“Jan…” Tegur Zikri.
“Ha…kenapa tiba-tiba nak jumpa aku ni…?”
“Kita duduk dulu okay.” Ajak Zikri. Bila kami dah duduk secara berhadapan. Suasana jadi bisu sementara. Apa yang pasti, aku tak kan bersuara dulu, dia yang ajak aku jumpa so dia lah yang sepatutnya mula cerita dulu.
“Hmm…Jan, sebenarnya aku nak minta maaf.” Diam.
“Aku tahu, aku dah lama tak jumpa kau, bersembang dengan kau.” Zikri menyambung sisa-sisa ayatnya perlahan-lahan.
“Jadi?”
“Sebenarnya aku rindu kan kau. Mana-mana perempuan yang aku kenal semua tak macam kau. Aku lebih selesa dengan kau.” Zikri diam, mungkin menunggu butir-butir bicara daripada aku. Tapi saat itu, hati aku dah berbunga-bunga, aku rasa perasaan sayang aku pada dia makin mendalam.
“Kalau macam tu kenapa kau hilangkan diri? Kalau ye pun kau bercinta dengan Aida, tak kan nak berkawan dengan aku macam biasa dah tak boleh?” Aku masih slumber dan cuba sembunyikan perasaan aku agar Zikri tak perasan apa-apa. Malu aku jika dia tahu.
“Kau sayang kan aku tak?” Aku terkejut terdengar soalan ini terpacul dari bibir Zikri. Lama aku diam. “Sayang tak?” Zikri masih lagi bertanya.
“Sayang, kau kan kawan aku.” Itu jawapan yang aku mampu beri.
“Tak lebih dari tu? Tapi aku sayang kan kau lebih dari seorang kawan.” Lama Zikri diam, tapi aku masih tak bersuara.
“Tapi, aku suka kan Aida. Kalau boleh aku nak sayang dia, tapi aku nak dia pun sayang kan aku. Kau faham kan?”
“Tak.” Aku jadi keliru dengan Zikri. Apa yang sebenarnya dia cuba sampaikan? Dia sayang aku lebih dari seorang kawan tapi dalam masa yang sama dia nak sayang kan Aida. Apa ni???
“Jan, aku suka Aida, dia cantik, lemah-lembut, baik, sopan orang nya, tapi dia tak memahami aku macam mana kau memahami aku.”
“Aku takut aku dengan dia tak bertahan lama. Jadi aku nak kau tetap sayang kan aku macam sekarang ni. Aku nak kau sentiasa tunggu aku untuk aku boleh jadi kawan kau sampai bila-bila. Boleh kan Jan?”
“Pelik lah kau ni. Kau memang kawan aku kan? Jadi, apa masalah nya? Kita kawan je lah macam biasa.”
“Aida cemburu la Jan dengan kau, dia tak nak aku rapat dengan kau, dia jealous. Aku tak nak kehilangan dia jadi…” Zikri diam lagi.
“Jadi kau lebih sanggup kehilangan aku, tu maksud kau?” Aku cuba sambung ayat Zikri yang tergantung tu.

“Tak. Entah lah Jan. Tapi satu je aku harap, kau akan tetap tunggu aku.”
“Okay.” Dengan nada yang agak tegas aku lemparkan, lalu aku bangun dan tiba-tiba Zikri bersuara.
“Belajar rajin-rajin ye Jan.” Aku terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa, rasa malas nak duduk situ lama-lama. Rasa sakit hati.
Sejak itu, aku tidak lagi mempunyai kawan bernama Zikri. Tapi entah kenapa, aku masih lagi menganggap dia kawan aku. Dan perasaan sayang aku terhadap dia masih utuh dalam hati aku. Hampir setahun aku kehilangan dia, walau pun kami masih sekelas tapi kami tak pernah bertegur-sapa semata-mata kerana menjaga hati Aida. Tapi aku tak kan buat macam tu kalau bukan Zikri sendiri yang minta dulu. Biarlah… Semenjak itu juga, aku jadi lebih pendiam.
Pada suatu hari, aku terdengar perbualan antara Zikri dan Amirul dalam kelas. Waktu tu waktu rehat. Kebetulan aku tertinggal dompet dalam beg sekolah, dan bila aku patah balik ke kelas, aku terdengar suara Zikri bila menghampiri kelas. Aku tak teragak-agak ke belakang kelas dan berdiri di sebalik dinding dan cuba mendengar perbualan mereka.
“Entah lah Irul, mesti ramai lagi yang pelik kenapa aku dengan Jan dan tak serapat dulu.” Ucap Zikri. Mungkin Amirul bertanya pada Zikri mengenai persahabatan kami.
“Tapi kau dengan Jan kan dah kenal lama, rapat pulak tu. Tak kan sebab Aida je kau dengan Jan dah tak boleh berkawan?” Tanya Amirul pada Zikri.
“Aku sebenarnya tahu Irul, Jan sebenarnya suka kan aku dan mungkin sayang aku lebih dari seorang kawan. Tapi, kalau kau jadi aku, kau akan pilih perempuan yang macam mana? Lemah-lembut macam Aida ke atau agak kasar macam Jan tu?”
Aku cuba menahan sebak. Tapi hati aku dah betul-betul rapuh tatkala mendengar kata-kata Zikri.
“Memang lah pilih macam Aida. Tapi, kau pun tahu kan Aida tu ramai peminat, dia pula tak kurang juga menggatalnya. Kalau boleh semua dia nak melayan. Betul kan, kau pun penah bagitahu aku dulu yang dia macam tu.” Amirul masih lagi menimbulkan persoalan pada Zikri.
“Hmm…aku tahu. Aida memang macam tu tapi aku suka dia, nak buat macam mana. Tapi kan Irul, kau jangan bagitahu sapa-sapa yang sebenarnya aku pun sayang kan si Jan tu, dia tu lain tau. Dia faham sangat aku.”
“Habis tu? Apasal kau tak couple je dengan Jan tu? Kan senang, kau sayang dia, dia pun sayang kan kau.”
“Ala, Irul. Tapi Aida tu lawa la, lagipun dia tak kasar macam Jan. Tapi kan Irul, seandainya la aku dengan Aida tak bertahan lama, aku tahu Jan akan terima aku kalau aku nak kan dia. Aku tahu dia tak kan sampai hati buat hati aku terluka.” Penuh keyakinan kata-kata Zikri.
Memang benar, aku tak sanggup melihat Zikri kecewa, jika itu yang dia mahu. Aku sanggup. Tapi aku bukan boneka. Aku tak dapat menahan sebak dalam hati, aku berlari ke tandas dan menangis sepuas-puasnya. Aku tak sangka itu harapan Zikri terhadap aku. Meminta aku menanti dia hanya apabila Aida tak lagi bersama dia. Aku betul-betul bagaikan ‘spare part’ bagi Zikri. Sejak detik itu, aku cuba membunuh perasaan aku terhadap Zikri. Aku tak mahu menganggap dia pernah menjadi kawan aku lagi. Mungkin aku dah mula benci dia.
Aku terus menjadi pendiam. Aku tak sedar perubahan dalam diri aku, kata-kata aku tak lagi sekasar dulu, mungkin kerana aku lebih banyak mendiamkan diri. Aku lebih kewanitaan, dari segi pemakaian, cara berjalan, cara bertutur, segalanya berubah. Tapi, itu bukan kerana aku cuba mencuri hati Zikri walaupun waktu itu Zikri mula mendekati aku. Entahlah kenapa aku berubah.
Hari terakhir aku menduduki peperiksaan SPM, kertas Kimia. Pada hari itu juga aku telah mengirimkan Zikri dengan satu utusan.


Mohd Kamarul Zikri,


Terima kasih di atas ungkapan awak dulu…
Masih segar dalam ingatan saya,
“Belajar rajin-rajin”
Terima kasih kerana menaikkan semangat saya untuk belajar…
Mungkin dengan kata-kata itu, ia boleh membawa saya ke puncak lebih tinggi…
Terima kasih…
Dengan ungkapan ringkas penuh makna itu

Terima kasih jua atas kejayaan awak
Menjadikan saya seorang insan
Yang setia menanti tanpa penghujung suatu ketika dulu
Terima kasih kerana awak berjaya
Memenuhi hati saya dengan seribu persoalan
Terima kasih kerana sehingga kini
Awak biarkan saya menanti jawapan Yang semestinya akan terus menjadi persoalan
Terima kasih dengan kejayaan awak
Mewujudkan ribut taufan di hati saya
Tahniah kerana awak berjaya mengguris hati saya
Yang sebelum ini tidak pernah digurisi
Tahniah kerana awak orang pertama untuk itu
Dan juga merupakan kawan baik saya suatu ketika dulu

Maafkan saya dengan hati dan perasaan saya
Bukan itu yang saya pinta
Ia datang tanpa dipaksa
Maafkan saya jika diri ini hadir menyusahkan awak
Maafkan saya sekiranya membuatkan awak keliru
Jika tidak…?
Terima kasih kerana awak tidak
Memahami langsung hati dan perasaan saya…

Saya sedar siapa diri saya Zikri
Mungkin diri ini bukan wanita yang awak idamkan
Mungkin diri ini tiada ciri-ciri yang awak impikan
Mungkin diri ini terlalu banyak kekurangan untuk awak
Tapi…, saya tetap manusia biasa
Punya perasaan
Adakah ini juga saya yang harus dipersalahkan…???
Saya tidak terdaya menolak perasaan
Yang senantiasa berombak dalam hati saya
Lalu, saya biarkan ia pergi…
Tapi kini, ia bertukar kepada kesengsaraan
Jika awak terkilan hati…
Percayalah…
Saya seribu kali lebih terkilan daripada awak…

Awak…
Maafkan saya jika apa yang saya
Coretkan menyinggung hati dan perasaan awak
Tapi jika tidak dicoretkan
Pasti hati ini lebih pilu
Saya harap awak memahaminya
Maafkan lah diri ini…

Awak…
Maafkan saya jika ayat yang saya gunakan penuh berbunga-bunga
Mungkin awak pelik, beginikah ayat yang digunakan oleh seorang yang bernama Jan!
Tapi jika ayat yang diguna hanya berteraskan daun dan batang tanpa bunga
Saya pasti awak tidak memahami
Apa yang selama ini terpendam di hati saya…
Maafkan saya, saya ingin putuskan persahabatan ini
Walau pun agak sukar, tapi itu terbaik untuk kita
Jika awak betul-betul memahami keadaan dan perasaan saya…
Awak pasti memaafkan saya…


Nurul Janatul Natasha
Dalam tidak sedar, air mata aku mengalir tatkala kiriman ini dikarang...
Bukan kerana cinta yang aku bunuh...
Tapi persahabatan yang tak mampu aku selamatkan...
Kerana jiwa aku betul-betul terluka...
'MAAFKAN AKU ZIKRI............'

“CINTA...?? BIARKANLAH….”

Biarkanlah hati ku pincang kerana menyayangi diri mu tetapi janganlah engkau pincangkan hati mu untuk menyayangi diri ku…
Maksudnya…
Biarlah hancur berkecai hati ku ini kerana menyayangi diri mu seandainya diri mu tidak menyayangi diri ku tetapi jikalau begitu, janganlah engkau hancurkan hati mu untuk menyayangi ku sekiranya engkau betul-betul tidak menyayangi ku…
Ertinya…
Janganlah engkau memaksa hatimu untuk menyayangi diri ku hanya sekadar tidak mahu melihat hati ku hancur kerana cinta ku pada diri mu tidak terbalas…
Maknanya…
Dalam cinta, aku tidak mengharapkan apa-apa balasan yang tidak ikhlas dari mu…

Ayat ni aku tak tahu dapat dari mana, lupa sumbernya…
Jadi ini bukan nukilan ku…tapi aku cukup suka akan ayat ini…

“…bila kita melabuhkan kasih biarlah ketika lautan yang tenang, dan janganlah labuhkan kasih kita pada lautan yang bergelora…begitulah jua bila kita menyamaikan cinta biarlah kepada yang menyinta, janganlah semaikan cinta kita kepada orang yang tidak menyintai kita…”

Wednesday, May 7, 2008

PERMULAAN


suatu hari...

aku terpanggil..
untuk menghasilkan blog...
kerana hidup ini perlu bermadah...perlu diungkapkan..
dan tiba-tiba juga aku teringat kata-kata Azizul Hafiz..
"kenapa kita berkarya di blog? kerana ianya free.. cuba berbayar? mahu anda berkarya disini?"
entah lah, itu ke punca nya aku diheret ke sini..
rasanya tidak..
biarlah apa jua alasan nya..
aku tetap ingin melakukan...
dan ini juga mengingatkan aku pada kata-kata xlaralady..
"If you want something different to happen, do something different!"
and i thing, im started to do it now!
maybe, hope so...

salam perkenalan...
-nicegirlz-